RSS

C.I.N.T.A

·         Dalam satu kisah
·         percintaan yang menarik.
·         Sepasang suami isteri berjalan ditepi sebuah tasik yang indah.
·         Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik.
·         Kemudian si isteribertanya kepada si suami.
·         Ini dialog mereka
·          
1.      Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan
saya?
2.      Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun
begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
3.      Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
4.      Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
5.      Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
6.      Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata,
7.      “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab saying cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta
Abang bersama Sayang!” Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya. Namun begitu selang beberapa hari si isteri
mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,
8.       “Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
9.      Jika disebabkan kasih saying dan ingatan aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
10.  Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang
bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
11.  Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. Sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
12.  Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab
mencintai mu lagi.
13.  Adakah cinta
memerlukan sebab?
14.  Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu
ada sebab.
15.  Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.
Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”
16.  Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu….

Kesimpulan dalam kisah ini, janganlah bercinta kerana bersyarat, cintalah kita kerana Pencipta kita

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment