Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui
insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana
untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan
memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah
pun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk didalam
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan
perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.
Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga
benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang memberi
seseorang .
Seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!
jangan harapkan cinta sebagai balasan.nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak ,pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu,
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut,
carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.
Carilah yang membuat hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.
Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan , pergilah kemana – mana yang
ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan
satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan
yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang
insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia .
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah
ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kabahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam
memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang
datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka , mereka yang telah
mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan
manusia yang telah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan
yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh
meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan
masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup
anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula
yang akan menangis.






0 comments:
Post a Comment